Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengikut mazhab Syiah di kampung Karang Gayam, Kecamatan Omben dan kampung Bluuran, Kecamatan Karangpenang, Sampang, Madura sekali lagi diserang perusuh."Suasana di dua desa itu sejak tadi malam hingga saat ini mencekam. Warga Syiah ketakutan untuk keluar rumah," kata wakil perundangan kelompok Islam Syiah dari Ahlul Bait Indonesia (ABI) Muhammad Hadun, Rabu (18/1).Pada Selasa (17/1) malam, sekumpulan perusuh bersenjata tajam berjaya mendekati penempatan kumpulan Islam Syiah di kampung Karang Gayam, Kecamatan Omben dan kampung Bluuran, Kecamatan Karangpenang.Kedua-kedua kelompok Islam ini sempat bertembung dan saling mencabar. Namun pihak keselamatan dan tentera berjaya meredakan ketegangan. Hingga saat ini belum diketahui dalang di sebalik rusuhan tersebut. Namun menurut Muhammad Hadun, perusuh ingin pengikut mazhab Syiah keluar dari kampung Karang Garam dan Bluuran, kerana dianggap ajaran sesat."Kami meminta agar petugas netral dalam hal ini dan tidak membiarkan aksi kekerasan terjadi. Kelompok Islam Syiah mau kembali ke kampung halamannya, itu kan atas jaminan dari polisi bahawa situasi di sana aman dan tidak akan ada adi penyerbuan," kata Muhammad Haddun.Tambahnya lagi perusuh yang menganggap Syiah sebagai aliran sesat masih menyerang dan mengusir Syiah dari perkampungan Karang Gayam dan Bluuran apabila sebahagian daripada kalangan mereka kembali ke rumah masing-masing.